Scam Alert
.....................................................................................................................................................................................................................................................

#BeSmartStayAlert [POSTING PILIHAN]SCAM ALERT: ELAK MUAT TURUN APLIKASI MALWARE

Aplikasi malware ini diberikan oleh suspek kepada mangsa kononnya untuk membuat pembayaran bagi pembelian barang atau perkhidmatan.

Suspek boleh melihat Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan nombor Kod Pengesahan Transaksi (TAC) yang dihantar ke telefon bimbit untuk mengakses perbankan internet mangsa serta memindahkan wang ke akaun mule.

Masyarakat dinasihatkan agar tidak memuat turun dan memasang sebarang aplikasi yang mencurigakan.

Ikuti tips dan nasihat yang diberikan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil bagi mengelakkan anda daripada menjadi mangsa penipuan.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS