Scam Alert
.....................................................................................................................................................................................................................................................

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether [VIDEO PILIHAN] KEMPEN ANTI-SCAM PDRM 2022: KES PENIPUAN DALAM TALIAN DI PERLIS MENINGKAT 80%

Jenayah penipuan dalam talian atau “scam” di Perlis mengalami peningkatan sebanyak 80% dari bulan Januari sehingga Mei tahun ini.

Menurut Ketua Polis Perlis, DCP Dato' Surina Saad, peningkatan kes ini adalah sangat ketara yang mana statistik menunjukkan kerugian sebanyak RM1.1 juta bagi tempoh berkenaan dan ia sangat menghampiri dengan jumlah keseluruhan kerugian kes pada tahun lepas iaitu sebanyak RM1.8 juta berkaitan dengan jenayah penipuan dalam talian.

Tambah beliau lagi, kes penipuan yang tertinggi dicatat dalam negeri Perlis adalah kes penipuan e-dagang, kerana hampir setiap hari laporan polis dibuat berkenaan kes tersebut.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS