Scam Alert
.....................................................................................................................................................................................................................................................

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether [POSTING PILIHAN] KEMPEN ANTI-SCAM PDRM 2022: SIRI JELAJAH BERSAMA DATO' AWIE TIBA DI KONTINJEN JOHOR

Johor Bahru, 1 Ogos 2022 - Konvoi bermotosikal Siri Jelajah bersama Dato' Ahmad Azhar Othman atau Dato' Awie tiba di Kontinjen Johor, bagi meneruskan Kempen Anti-Scam Polis Diraja Malaysia 2022.

Ketibaan Dato' Awie petang tadi, disambut oleh Ketua Polis Johor, CP Dato' Kamarul Zaman Mamat di Angsana Mall, Johor Bahru, di sini.

Sepanjang kempen berlangsung, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM sentiasa mengingatkan masyarakat agar berwaspada dengan jenayah penipuan dalam talian supaya terhindar daripada menjadi mangsa "scammer".

Turut hadir, Timbalan KP Johor, DCP Dato' Khaw Kok Chin, Ketua Pegawai Operasi UDA Angsana Sdn. Bhd., Encik Imran Salleh, barisan pegawai kanan polis dan tetamu jemputan.

Sumber: Polis Johor

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS