Scam Alert
.....................................................................................................................................................................................................................................................

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether [ARTIKEL PILIHAN] SCAM ALERT: 220 LAPORAN SKIM PENIPUAN PELABURAN ZUTTELO, KERUGIAN LEBIH RM84 JUTA

Kuala Lumpur, 8 Disember 2022 - Polis Diraja Malaysia menerima 220 laporan berhubung skim penipuan Zuttelo melibatkan kerugian keseluruhan berjumlah RM84,579,831.76 sejak Ogos lepas.

Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, pihaknya menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil sedang menyiasat sindiket berkenaan yang dikesan aktif menjalankan kegiatan penipuan itu di seluruh negara sejak dua tahun lepas.

“Berdasarkan siasatan, kegiatan pelaburan ini mula aktif sejak tahun 2020 sehingga laman web syarikat tersebut ditutup sekitar Ogos tahun ini.
“Skim pelaburan ini menawarkan sembilan pakej pelaburan dengan jumlah pelaburan antara USD630 hingga USD12,700 dengan setiap pelabur dijanjikan pulangan minimum sebanyak 16.5 peratus sebulan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS