Scam Alert
.....................................................................................................................................................................................................................................................

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether [ARTIKEL PILIHAN] SCAM ALERT: POLIS KESAN "SCAMMER" EBELIA RAHMAH

Kuala Lumpur, 2 Julai 2023 - Polis Diraja Malaysia telah menerima 14 laporan berkaitan sindiket penipuan perkhidmatan mengeluarkan wang tunai eBelia Rahmah daripada akaun e-dompet dengan nilai kerugian RM2,800.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mangsa melihat tawaran perkhidmatan pengeluaran wang tunai eBelia Rahmah di TikTok dan Facebook Messenger.
"Suspek menawarkan perkhidmatan untuk memindahkan wang daripada akaun e-dompet kepada akaun bank mangsa.
"Suspek kemudian meminta mangsa untuk membuat imbasan (scan) pada kod QR yang diberikan," katanya.
"Suspek kemudiannya gagal dihubungi, mangsa kerugian RM200 akibat terpedaya. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut:

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS