Scam Alert
.....................................................................................................................................................................................................................................................

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammersTogether [KERATAN AKHBAR PILIHAN] SCAM ALERT: HINDARI MUAT NAIK KANDUNGAN NEGATIF DAN TIPU SIBER

Kuala Lumpur, 14 Ogos 2023 - Kemajuan teknologi digital, perkembangan media sosial ternyata membawa risiko ancaman kejahatan dunia maya, terutamanya penyebaran kandungan berunsur provokasi selain sindiket penipuan dalam talian atau “scam''.

Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pengguna media sosial di Malaysia memuat naik kandungan yang berbaur provokatif dan penuh dengan kebohongan boleh mengancam keselamatan, menimbulkan keresahan dan menggugat ketenteraman awam.

Sebarang kandungan dalam talian yang bersifat palsu dan mengancam keselamatan orang ramai adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kegiatan scam juga tidak kurang hebatnya, berdasarkan Polis Diraja Malaysia, penipuan cinta atau “Love Scam'' antara penipuan tertinggi di negara ini apabila mencatatkan kerugian RM365 juta sejak 2018 sehingga Februari lalu membabitkan sebanyak 7,286 kes.

Walaupun sering dilakukan pendedahan, kes membabitkan penipuan dalam talian masih meningkat dan ia menunjukkan kadar kesedaran masyarakat berhubung jenayah sedemikian belum menyeluruh.

Pada masa sama, usah panik atau takut apabila diberitahu perkara seperti akan ditangkap pihak berkuasa kerana terbabit dalam kegiatan yang menyalahi undang-undang. Hubungi atau lapor segera aktiviti mencurigakan itu melalui saluran yang disediakan oleh pihak berkuasa.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text that says 'Kuala Lumpur: Kemajuan tek- nologi digital, risiko mudah untuk dikongsi Hindari muat naik kandungan negatif, tipu siber SKMM wajar terus diperkasa lahi undang undang. Hubung rajaan sudah mengambil bagi konten ber- segera berapa agresii melaksanakan mea disediakan dalam cam masya MCMC sejumlah wang yang sindiket takut apabila panik yaknı dalam keglatan yang menya pada (SKMM dilaku- sering dikurangkan. berita strategik penyedia aplikası bersama lumayan mengekang enayah untuk dila- Malah. pihak Ke+ hendaklah denda dikenakan'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS