Scam Alert
.....................................................................................................................................................................................................................................................

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether [POSTING PILIHAN] SCAM ALERT: AWAS! TELEGRAM “PHISHING” MENYAMAR MYKASIH SARA

CyberSecurity Malaysia telah mengesan satu modus operandi “Scammer” yang menggunakan laman web pancing data palsu atau “Phishing” yang kelihatan seperti halaman log masuk perkhidmatan eWallet di Malaysia. Sindiket ini menyasarkan pengguna dari aplikasi Telegram yang bertujuan untuk menggodam akaun milik mangsa bagi melakukan kegiatan jahat mereka.

Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dan sentiasa berhati-hati khususnya pengguna aplikasi Telegram dengan menyemak dahulu sumber atau pautan yang dikongsikan sebelum mengisi sebarang maklumat peribadi pada pautan tersebut.
Maklumat lanjut adalah seperti di pautan berikut, https://www.mycert.org.my/portal/advisory?id=MA-976.102023

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS