Scam Alert
.....................................................................................................................................................................................................................................................

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether [POSTING PILIHAN] SCAM ALERT: AMBIL PERHATIAN! NSRC TIDAK MENGHUBUNGI ORANG AWAM BAGI TUJUAN SIASATAN

Polis Diraja Malaysia ingin mengingatkan masyarakat untuk berhati-hati sekiranya menerima panggilan telefon daripada mana-mana pihak yang mengaku sebagai pegawai National Scam Response Center (NSRC).

NSRC tidak akan menghubungi anda bagi sebarang tujuan siasatan. Jangan biarkan diri anda terpedaya dengan taktik si penipu.

Jika anda merupakan mangsa penipuan dalam talian (online scam) dan baru sahaja membuat transaksi kewangan, hubungi NSRC di talian 997. NSRC beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam pada setipa hari. Anda juga boleh menghubungi hotline bank masing-masing untuk aduan selepas jam 8 malam.

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS