Scam Alert
.....................................................................................................................................................................................................................................................
#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether [POSTING PILIHAN] SCAM ALERT: AWAS! TAKTIK "PENYAMARAN MELALUI AKAUN WHATSAPP DAN TIPU MANGSA UNTUK PINDAHKAN DUIT"
Anda
dinasihatkan supaya berhati-hati dengan taktik "Penyamaran melalui akaun WhatsApp dan menipu mangsa untuk memindahkan wang", yang mana si penipu akan menyamar sebagai individu dikenali mangsa dan menghantar satu pautan meminta untuk klik pada pautan berkenaan seterusnya menyebabkan mangsa tidak dapat mengakses ke akaun tersebut.
Sentiasa berhati-hati dan dinasihatkan untuk tidak klik pada sebarang pautan yang diterima dan jangan lakukan sebarang pindahan wang sebelum mendapat kepastian serta pengesahan daripada kenalan anda.