Scam Alert
.....................................................................................................................................................................................................................................................

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether [POSTING PILIHAN] SCAM ALERT: HATI-HATI DENGAN HELAH SINDIKET “MACAU SCAM”

Sindiket "Macau Scam" mempunyai pelbagai taktik dan helah bagi memperdaya orang ramai termasuk menyamar sebagai kenalan atau ahli keluarga. Dengan alasan yang mungkin munasabah, mangsa berjaya ditipu suspek dan segera memindahkan wang diminta tanpa berfikir panjang.

Mangsa mengetahui diperdaya apabila mendapati kenalan atau ahli keluarga yang berkenaaan tidak pernah menghubungi mangsa seperti didakwa.

Ikuti nasihat dan modus operandi sindiket berkenaan yang disediakan oleh Kementerian Dalam Negeri bagi mengelakkan diri anda menjadi mangsa penipuan.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS