Scam Alert
.....................................................................................................................................................................................................................................................

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether [VIDEO PILIHAN] SCAM ALERT: WASPADA TAKTIK SINDIKET MELALUI JEMPUTAN RUMAH TERBUKA

Siapa tidak teruja apabila menerima mesej jemputan rumah terbuka, lebih-lebih lagi daripada orang yang terkenal dan menjadi idola.

Tetapi, jemputan pula terhad dan anda perlu segera membuat bayaran deposit bagi memastikan tempat anda 'selamat', tanpa mengetahui itu mungkin taktik sindiket bagi mencuri wang di dalam akaun bank.

Jangan terburu-buru membuat bayaran sebelum menyemak terlebih dahulu kesahihan jemputan tersebut. Sebaiknya, rujuk platform rasmi penganjur majlis untuk maklumat penuh.

Ingat, ahli sindiket bijak memanipulasi kemudahan teknologi bagi memperdaya mangsa, tetapi anda perlu lebih bijak daripada mereka. Biar peka, jangan terkena.

Sumber: Amaran Scam

Link Pautan: https://fb.watch/rsBPxqLmDJ/

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS