Scam Alert
.....................................................................................................................................................................................................................................................

[POSTING PILIHAN] SCAM ALERT: WASPADA TAKTIK TIPU GUNA SMS!

Orang ramai dinasihatkan untuk jangan sesekali klik pada pautan mencurigakan yang diterima melalui sistem pesanan ringkas (SMS) seperti 'Tebus Mata Ganjaran Kad Kredit' (Phishing Link) kononnya tuntut ganjaran atau mata ganjaran akan tamat, bagi mengelakkan maklumat peribadi perbankan anda terdedah kepada penjenayah siber.

Sentiasa peka dengan perkembangan teknologi dan ambil tahu helah yang sering digunakan oleh ahli sindiket penipuan.

Ikuti infografik yang disediakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil sebagai panduan keselamatan dan hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 jika curiga atau mendapati anda telah ditipu oleh sindiket.


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS