Scam Alert
.....................................................................................................................................................................................................................................................
POSTING PILIHAN: KENALI BEC
“Business Email Compromise” (BEC) ialah serangan siber di mana penjenayah menyamar sebagai individu atau organisasi dipercayai untuk memperdaya mangsa agar memindahkan wang atau mendedahkan maklumat sulit melalui e-mel korporat.
Antara taktik lazim yang digunakan termasuk meniru domain atau alamat e-mel, memancing maklumat log masuk (Phishing), manipulasi psikologi serta pengambilalihan akaun e-mel sebenar.
Lindungi diri anda dengan mengaktifkan pengesahan dua faktor, sahkan permintaan bayaran melalui panggilan atau saluran lain, gunakan penapis e-mel dan sistem pengesanan ancaman serta elak klik pautan atau lampiran mencurigan.