Kebanyakan penipuan dalam talian berpunca daripada manipulasi emosi mangsa seperti tamak, takut terlepas peluang, rasa simpati atau keinginan untuk cepat kaya.
"Scammer" sentiasa mencari ruang untuk mengeksploitasi kelemahan ini bagi memperdaya mangsa melalui pelbagai taktik yang kelihatan meyakinkan.
Berfikirlah secara rasional sebelum bertindak. Jangan biarkan emosi menguasai pertimbangan anda. Lindungi diri, keluarga dan rakan daripada menjadi mangsa penipuan siber.