Scam Alert
.....................................................................................................................................................................................................................................................

POSTING PILIHAN: AWAS PECAH AMANAH OLEH PEGUAM SEMASA URUSAN JUAL BELI RUMAH



Polis Diraja Malaysia ingin mengingatkan orang ramai supaya berwaspada ketika urusan jual beli rumah.

Urus niaga hartanah sering melibatkan pembayaran ke akaun amanah firma guaman. Malangnya, ada peguam yang mengambil kesempatan dengan menyalahgunakan wang tersebut.

Bagaimana Nak Elak Jadi Mangsa?

Semak latar belakang peguam, pastikan semua bayaran dibuat atas nama firma guaman, bukan akaun peribadi individu, minta salinan resit rasmi dan bukti transaksi, sentiasa minta kemaskini bertulis serta peka dengan tanda-tanda mencurigakan.

Kepercayaan itu penting, tapi amanah mesti disertai bukti, bukan sekadar janji.



May be an image of text that says '中 FAKTA RINGKAS: PECAH AMANAH OLEH PEGUAM APA MAKSUD PECAH AMANAH? → 'Pecah amanah' bermaksud seseorang menyalahgunakan wang atau harta yang diamanahkan kepadanya. → Dalam konteks peguam- biasanya melibatkan duit klien dalam akaun amanah (client account). $ $'

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS