Penjenayah kini menggunakan taktik licik dengan menggodam akaun aplikasi komunikasi seperti WhatsApp melalui pautan atau fail palsu. Mereka kemudian menyamar sebagai mangsa sebenar, menggunakan gambar dan nombor telefon yang sama untuk menipu kenalan bagi mendapatkan wang. Ada juga yang meminta maklumat akaun bank atas alasan mahu memulangkan duit, namun sebenarnya bertujuan menjadikan akaun tersebut sebagai akaun keldai.
Sentiasa hubungi dan sahkan sebelum membuat sebarang bayaran. Jangan muat turun fail APK yang dihantar melalui WhatsApp atau Telegram dan jangan dedahkan maklumat peribadi atau akaun bank kepada sesiapa.
Sentiasa berhati-hati dan jangan mudah percaya. Laporkan segera ke Pusat Respons Penipuan Kebangsaan di talian 997 atau buat laporan polis jika anda mengesyaki berlaku penipuan.