Scam Alert
.....................................................................................................................................................................................................................................................

POSTING PILIHAN: POLIS TUMPAS KAN RIBUAN KELDAI AKAUN, TAHAN LEBIH 2,000 DI SELURUH NEGARA



Kuala Lumpur, 30 Oktober 2025 - Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) berjaya menumpaskan ribuan akaun keldai yang disalah guna bagi kegiatan penipuan dalam talian menerusi dua operasi besar-besaran di seluruh negara yang membawa kepada lebih 2,000 tangkapan.

Pengarah JSJK, CP Dato’ Rusdi Mohd Isa berkata Operasi Mule Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) yang dijalankan dari 22 hingga 28 September lepas berjaya menahan 1,303 individu yang disyaki terlibat dalam kegiatan akaun keldai, membabitkan 778 kertas siasatan.

“Daripada jumlah itu, 270 kertas siasatan (35 peratus) telah dituduh di mahkamah di bawah pelbagai seksyen Kanun Keseksaan termasuk Seksyen 420 dan 424,” katanya pada sidang media khas di sini hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dan BERNAMA







PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS