Scam Alert
.....................................................................................................................................................................................................................................................
#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether [POSTING PILIHAN] SCAM ALERT: STATISTIK MANGSA JENAYAH TELEKOMUNIKASI
Polis Diraja Malaysia melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersil melaporkan 28,698 kes jenayah telekomunikasi bagi tempoh Januari hingga November 2025, dengan jumlah kerugian mencecah RM715 juta.
Analisis mengikut umur menunjukkan golongan 21–30 tahun mencatat jumlah mangsa tertinggi, diikuti 31–40 tahun dan 41–50 tahun. Situasi ini membuktikan jenayah telekomunikasi menjejaskan semua lapisan masyarakat, tanpa mengira usia.
Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada, berfikir secara rasional, dan tidak mudah terpedaya dengan sebarang tawaran, panggilan, atau mesej mencurigakan.