Scam Alert
.....................................................................................................................................................................................................................................................

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether SCAM ALERT: STATISTIK JENAYAH E-DAGANG BAGI TAHUN 2024 HINGGA 2025 [POSTING PILIHAN]


Statistik Jenayah E-Dagang bagi tempoh tahun 2024 hingga 2025 menunjukkan peningkatan yang amat membimbangkan. Jumlah kes melonjak daripada 7,662 kes pada 2024 kepada 13,979 kes pada 2025, iaitu peningkatan sebanyak 82 peratus.

Kerugian kewangan turut mencatat kenaikan ketara sebanyak 83 peratus, daripada RM70 juta pada 2024 kepada RM129 juta pada 2025.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan penipuan dalam talian serta memastikan setiap transaksi dilakukan secara selamat dan berhemah.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS