Penjenayah kini menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dengan meniru suara ahli keluarga atau rakan rapat bagi memperdaya mangsa untuk membuat pemindahan wang segera.
Modus operandi termasuk "AI Voice Cloning", panggilan kecemasan palsu, arahan bayaran segera dan "deepfake" audio/video yang meniru suara serta wajah individu seakan nyata.
Jangan mudah percaya suara, pastikan sahkan identiti terlebih dahulu melalui saluran lain dan jangan terburu-buru membuat bayaran.
Jika disyaki penipuan atau menjadi mangsa, hubungi National Scam Response Centre di talian 997 segera. Mencegah lebih baik daripada mengubati, lindungi diri dan keluarga anda!
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM