“Scammer” kini semakin licik memperdaya orang ramai dengan menjadikan akaun bank atau e-wallet sebagai tempat transit wang haram, sama ada secara sedar mahupun tidak.
Antara modus operandi yang digunakan ialah menawarkan kerja mudah, meminjam akaun untuk transaksi sementara serta meminta maklumat atau kata laluan perbankan.
Sebagai pemegang akaun, anda bertanggungjawab memastikan keselamatan akaun bank anda sentiasa terpelihara dan tidak disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.