Kes penipuan tawaran pekerjaan sambilan bermula Januari sehingga Mac tahun 2026, dengan 1,537 kes dilaporkan dengan kerugian sebanyak Rm 31.8 juta.
Polis Diraja Malaysia melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersil menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan membuat semakan kesahihan setiap tawaran pekerjaan yang diterima sebelum berkongsi maklumat peribadi atau membuat sebarang bayaran.
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil