Scam Alert
.....................................................................................................................................................................................................................................................

#JomBeringat #BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether AWAS! PENIPUAN MENYAMAR SEBAGAI GURU

"Scammer" kini semakin licik apabila menyamar sebagai guru dan menyasarkan ibu bapa melalui aplikasi WhatsApp. Suspek menggunakan identiti guru sebenar dan menghantar kod QR pembayaran palsu bagi memperdaya mangsa untuk membuat bayaran ke akaun mereka.

Jangan mudah terpedaya, sentiasa buat pengesahan terlebih dahulu sebelum memindahkan wang dengan menghubungi nombor asal individu berkenaan dan menyemak nombor akaun penerima.

Elakkan mengimbas kod QR yang meragukan, jangan berkongsi maklumat peribadi dan laporkan segera kepada pihak polis sekiranya menjadi mangsa. Ingat, berwaspada adalah benteng terbaik untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS