Sikap tidak mengambil berat akan aspek keselamatan diri dan harta benda boleh menyebabkan
anda menjadi mangsa jenayah.
Berada di jalanan, penjenayah akan mencari peluang untuk melakukan jenayah RAGUT tanpa anda sedari dan adakalanya mampu mendatangkan kecederan serius walau nilai wang yang diperoleh adalah amat sedikit.
Ketahui beberapa taktik yang dikesan digunakan penjenayah untuk mendapatkan WANG dengan jalan mudah seperti RAGUT.
Modus Operandi
1. Suspek terdiri daripada dua orang atau lebih.
2. Lazimnya peragut akan menggunakan kenderaan seperti motosikal atau kereta untuk melakukan kegiatan mereka.
3. Suspek akan mensasarkan mangsa yang berjalan bersendirian atau sedang leka melakukan sesuatu seperti berbual menggunakan telefon bimbit
4. Suspek turut melakukan jenayah ragut semasa mangsa berada di lampu isyarat merah
Nasihat
- Sentiasa membawa wang secara minima
- Selindung wang daripada pandangan umum supaya tidak menarik perhatian penjenayah
- Sentiasa mengepit atau membimbit beg tangan dan tidak disangkut atau disandang pada baju supaya ia sukar diragut dan jika diragut boleh mengelak daripada berlaku kecederaan semasa diseret.
- Jangan mendedahkan barang-barang kemas yang dipakai atau memakainya secara berlebihan yang boleh menarik perhatian penjenayah.
- Elakkan berjalan seorang diri dan sentiasa berjalan bertentangan dengan arus lalulintas supaya mudah dilihat
- Elakkan meletakkan beg tangan atau dompet yang mudah dicapai oleh orang lain umpamanya di dalam raga motosikal atau atas kerusi penumpang dan sebagainya.
- Sekiranya anda mengeluarkan wang dalam jumlah yang banyak dan hendak menuju ke kenderaan atau berada di persimpangan lampu isyarat pastikan tidak diekori. Sekiranya diekori, sila hubungi mana-mana balai polis berdekatan.
- Tidak panik dan kenal pasti nombor kenderaan yang dinaiki suspek seperti (jenis motosikal, warna, nombor
- pendaftaran, bangsa, pakaian dan jantina).Periksa segera dompet atau beg tangan anda jika dilanggar atau diasak oleh orang lain semasa berada di tempat yang ramai orang.
- Jangan menggadai nyawa sekiranya berlaku pergelutan dengan suspek untuk mempertahankan harta benda.