Crime Alert
.....................................................................................................................................................................................................................................................

CRIME ALERT: PEREMBAT DI RUMAH IBADAT

SEDIKIT kelekaan dalam menjaga harta benda boleh membuka ruang kepada penjenayah untuk mengambil kesempatan terhadap diri anda, walaupun ketika berada di tempat ibadat.

Penjenayah kebiasaannya mensasarkan mangsa yang terdiri daripada kaum wanita kerana mereka sering kali dilihat kurang peka terhadap keselamatan barangan yang dibawa ketika menunaikan solat.

Justeru itu, Polis Diraja Malaysia ingin berkongsi maklumat berkaitan Modus Operandi (M.O) dan nasihat kepada orang ramai yang melibatkan kecurian di rumah ibadat.

MODUS OPERANDI
1. Suspek terdiri daripada seorang wanita atau berpasangan.
2. Menggunakan surau yang disediakan di tempat awam sebagai lokasi melakukan jenayah.
3. Menyasarkan barangan berharga kepunyaan pengunjung wanita, ketika mereka sedang menunaikan solat.
4. Suspek akan berpura-pura seperti ingin menunaikan solat sebelum mencuri barangan berharga milik mangsa dan segera dimasukkan ke dalam beg bagi mengelakkan perbuatannya disedari.
5. Suspek kebiasaannya akan kembali ke lokasi yang sama selang beberapa minggu bagi mengelakkan aktiviti itu dikesan oleh pihak berkuasa.

NASIHAT
1. Jika bersama ahli keluarga atau rakan-rakan, disarankan supaya menunaikan solat secara bergilir-gilir.
2. Sekiranya bersendirian, bawa bersama beg atau barangan berharga ketika mengambil wuduk dan letakkannya di bahagian hadapan anda semasa menunaikan solat. Pastikan beg tangan atau harta benda anda tidak terlepas daripada pandangan atau jagaan.
3. Sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling, pastikan beg tangan atau harta benda anda tidak terlepas daripada pandangan atau jagaan.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS