Crime Alert
.....................................................................................................................................................................................................................................................

CRIME ALERT: PERTANYAAN BERHELAH

Kegiatan ragut dan samun berlaku di mana-mana sahaja dan mangsa tidak kira umur dan jantina. Sekiranya ada peluang pasti penjenyah akan menggunakan sebaik mungkin untuk melakukan jenayah. Beberapa taktik dikesan digunakan penjenayah untuk mendapatkan wang antaranya PERTANYAAN BERHELAH.

Modus operandi yang digunakan:
• Suspek akan mensasarkan mangsa terdiri daripada:
- Mereka yang tinggal bersendirian atau pun baru pulang dari
suatu tempat
- Warga Emas
- Orang Gaji
- Suri Rumah
• Suspek terdiri daripada seorang atau dua orang menaiki kenderaan
seperti motorsikal atau kereta.
• Suspek akan memberhentikan kenderaan di halaman rumah atau
luar pintu pagar.
• Suspek akan berpura-pura bertanya rumah individu yang sedang
dicari sebelum melakukan samun terhadap mangsa.
• Suspek akan bertindak mencederakan mangsa samada
menggunakan tangan atau senjata seperti parang atau pisau
yang disembunyikan di belakang badan sekiranya mangsa
melawan.

Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya:
• Tidak mudah mempercayai individu yang tidak dikenali
• Tidak membuka pintu atau pagar rumah membiarkan individu
tidak dikenali masuk.
• Sekiranya mengalami situasi tersebut segera menghubungi
balai polis berdekatan.
• Meninjau keadaan sekeliling melalui tingkap sebelum keluar dari
rumah.
• Mengambil jarak yang selamat antara pintu pagar dengan
suspek supaya mempunyai masa untuk melarikan diri.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS