Crime Alert
.....................................................................................................................................................................................................................................................

CRIME ALERT: JANGAN BIAR PENJENAYAH ‘BERAYA’ DI RUMAH KITA

Sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina ini, pastinya ramai yang mengambil peluang untuk pulang ke kampung mahupun pergi bercuti.

Namun, perlu diingatkan juga keselamatan rumah yang ditinggalkan sepanjang cuti perlu dititikberatkan bagi mengelakkan daripada dipecah masuk oleh penjenayah.

Berikut disertakan langkah-langkah keselamatan sebelum meninggalkan rumah.

1. Laporkan kepada pihak berkuasa semasa ketiadaan di rumah.

2. Selain itu, kita juga boleh melaporkan kepada Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang diwujudkan di setiap kawasan perumahan.

3. Rumah juga perlu dikunci dengan baik, pasang lampu automatik dan jangan meninggalkan barangan berharga di rumah.

4. Maklumkan kepada jiran terdekat bahawa anda sedang bercuti atau pulang ke kampung.

5. Hentikan penghantaran surat khabar sepanjang ketiadaan di rumah.

6. Orang ramai juga disarankan menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) untuk sebarang perkongsian maklumat dengan pihak berkuasa.

7. Isi borang maklumat balik kampung bagi memudahkan pemantauan polis.

8. Elakkan berkongsi gambar percutian anda dan keluarga di media sosial.

Sumber: Sinar Harian

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#CrimeAlert
#24012020

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS