Crime Alert
.....................................................................................................................................................................................................................................................

#PKPP #COVID-19 #CrimeAlert [KERATAN AKHBAR PILIHAN] CRIME ALERT: UTAMA KESELAMATAN ELAK JADI MANGSA JENAYAH

Ketika rakyat Malaysia diuji kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan, ada pula yang mengambil jalan mudah menjadikan harta benda milik orang lain untuk mendapatkan wang!

Ketika peringkat awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador ada menyatakan kadar indeks jenayah menurun 70 peratus di seluruh negara, namun kes jenayah seperti pecah rumah dan mencuri motosikal masih berlaku secara ketara.

Sebaik kerajaan 'melonggarkan' PKP di seluruh negara mulai Jun lalu, ia secara tidak langsung membuatkan penjenayah menghidu keadaan ini sebagai satu peluang untuk kembali merancakkan kegiatan mereka.

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM), sikap cuai dan ambil mudah masyarakat terhadap keselamatan diri dan harta benda mereka antara punca berlaku kes jenayah.

Contohnya daripada beberapa kes kecurian dan rompakan, ia berlaku kerana mangsa meletakkan kenderaan di tempat kurang selamat, meninggalkan kenderaan tanpa dikunci atau pengawasan sepenuhnya.

Justeru, masyarakat harus lebih bertanggungjawab dalam setiap perkara berkaitan harta benda demi menjamin keselamatan, selain tidak mengundang keinginan penjenayah mengambil kesempatan ke atas harta benda mereka.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.

Sumber: Berita Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 1 person, text that says 'Utama keselamatan elak jadi mangsa jenayah Rezeki terpijak buat Nur Athirah adalah pecah rumah dan mencuri mo- rana mangsa meletakkan kenderaan keinginan penjenayah mengambil ke- ki.e sempatan mulai dari- motosikal kembali me- keluar kehilangan indeks tetapi anusia Yang nemilih itidak per penjenayah pergera- Mohd Othman aktiviti jehayah untuk permaha- 'terkurung larangan keselamatan selain tidak mengundang samun, mencuri, Timbalan Pengarah Sains bagi malaysia (USIM) bersedia menunggu mangsa- adakah Ma- nayah masih berlaku Denda rompakan e berlaku'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS