Crime Alert
.....................................................................................................................................................................................................................................................

#BeSmartStayAlert [POSTING PILIHAN] SCAM ALERT: JANGAN BERI MAKLUMAT BANK KEPADA MANA-MANA PIHAK

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mendedahkan maklumat perbankan seperti nombor kad bank, kata laluan, Kod Pengesahan Transaksi (TAC) atau One Time Password (OTP) kepada mana-mana pihak secara bersemuka mahupun melalui panggilan telefon.
Anda juga dinasihatkan supaya menggunakan nombor telefon yang didaftarkan atas nama sendiri untuk membuka akaun bagi mengelakkan menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab yang akan menyalahgunakan akaun perbankan dan sekali gus dapat memindahkan wang dalam akaun tanpa disedari oleh mangsa.
Ketahui lima maklumat penting dan nasihat yang diberikan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil bagi mengelakkan anda daripada menjadi mangsa penipuan.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS