Kuala Lumpur, 16 Ogos 2022 - Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), DCP Dato’ Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin hari ini menjadi saksi penyerahan tugas bagi jawatan Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Perundangan di antara DCP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof dengan SAC Abd Rahman Atan di Bilik Mesyuarat, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pagi tadi.
Turut berlangsung tadi, serah terima tugas jawatan ACP Urus Setia KPN (Pentadbiran) di antara SAC Abd Rahman dengan ACP Noradnan Nordin yang sebelum ini bertugas di Bahagian Latihan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman.
Dalam majlis tersebut, DCP Dato’ Hjh. Noorsiah mengucapkan tahniah kepada SAC Abd Rahman dan ACP Noradnan atas pelantikan ke jawatan baharu serta selamat maju jaya kepada DCP Ahmad Dzaffir yang bertukar sebagai Komandan Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur.
Beliau turut berharap agar pelantikan baharu dalam bahagian Urus Setia KPN itu akan mampu memenuhi mandat yang diamanahkan, sejajar dengan komitmen tinggi selain dapat mempamerkan prestasi cemerlang dalam Pasukan.
Hadir sama, Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), SAC Kamaruzaman Abdullah, Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan), SAC Rosman Omar, Ketua Lesen Pasukan Urus Setia KPN, SAC Dzulkhairi Mukhtar dan Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia, ACP Skandaguru Anandan.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani turut berkesempatan memakaikan pangkat kepada SAC Abd Rahman dan ACP Noradnan di pejabatnya pada sebelah petang tadi.
Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan dan Koperal Irfan Bujang