Crime Alert
.....................................................................................................................................................................................................................................................
FACT ALERT: WASPADA MESEJ TULAR PENJUALAN ORGAN DI LUAR NEGARA
Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan sebaran dakwaan berkenaan penjualan organ di luar negara yang diterima menerusi platform media sosial. Mesej palsu tersebut dikesan telah mula tular pada Mac 2021. Pengesahan maklumat yang disebarkan boleh dilayari di pautan seperti berikut,
https://factcheck.afp.com/united-nations-denies-issuing... Perbuatan menularkan
maklumat yang tidak sahih boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.