Crime Alert
.....................................................................................................................................................................................................................................................
[POSTING PILIHAN] PERINGATAN TRAFIK: PERBUATAN MEMBALING BATU ATAU MENABUR PAKU DI JALAN RAYA MERUPAKAN SATU KESALAHAN
Perbuatan membaling batu atau menabur paku di atas jalan raya semasa memandu boleh menyebabkan kerosakan kenderaan pengguna jalan raya yang lain.
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik menegaskan bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut merupakan satu kesalahan dan boleh didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan serta boleh dihukum penjara tidak
kurang satu tahun dan tidak lebih lima tahun, denda atau kedua-duanya sekali.