Crime Alert
.....................................................................................................................................................................................................................................................

KSU KDN ADAKAN LAWATAN KERJA SULUNG KE BUKIT AMAN

 
Kuala Lumpur, 13 April 2023 - Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi mengadakan lawatan kerja beliau ke Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman di sini, pagi tadi.

Lawatan tersebut adalah yang pertama kali sejak beliau dilantik sebagai KSU KDN baharu pada 20 Februari lalu, menggantikan Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan Hj. Abdul Aziz yang kini memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan di Jabatan Perdana Menteri.

Ketibaan Datuk Hj. Ruji dan delegasi telah disambut oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani.

Datuk Hj. Ruji kemudiannya diiring ke Bilik Mesyuarat KPN di Tingkat 31, Menara 1 dan diperkenalkan dengan barisan Pengarah PDRM oleh Tan Sri Acryl Sani, sebelum mendengar taklimat daripada Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Azmi Abu Kassim serta Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, CP Dato’ Seri Sahabudin Abd. Manan berkaitan tadbir urus serta keperluan semasa aset Pasukan.

Hadir sama, Timbalan KSU (Keselamatan) KDN, Dato’ Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Hjh. Noorsiah Mohd. Saaduddin, para pegawai kanan KDN dan PDRM.

Jurugambar: Inspektor Afiq Nashriq Mohamed Yusof dan Lans Koperal Bryanlie Mustin

May be an image of 3 people, dais and text that says 'IBU PEJABAT POLIS DIRAJA MAI MALA SIA BUKIT AMAN *) ACRYLSAN TEGAS BUKIT AMAN'

May be an image of 5 people and text that says 'Selamat Datang YBHG. DATUK HAJ RUJI BIN HAJI UBI KETUA SETIAUSAH ITERIAN DALA NEGERI IBU-PEJABAT POLIS DIRAJA MALAYSIA BUKIT AMAN'

May be an image of 6 people

May be an image of 11 people

May be an image of 8 people

May be an image of 2 people

May be an image of 2 people and text that says 'BUKIT AMAN POLIS DIRAJ 3 MALAYSIA'

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS