Crime Alert
.....................................................................................................................................................................................................................................................

TIMBALAN KPN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PRESIDEN PPRPD MALAYSIA

 
Kuala Lumpur, 7 Ogos 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay menerima kunjungan hormat daripada delegasi Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja (PPRPD) Malaysia yang diketuai oleh presidennya, Sub Inspektor Suhami Mohd Yusoff di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini.

Kunjungan hormat tersebut bagi memperkukuhkan lagi hubungan baik persatuan bersama pucuk pimpinan Pasukan, selain membincangkan isu-isu berkaitan laluan kerjaya dan kebajikan para pegawai pangkat rendah polis.

Hadir sama, Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim, Timbalan Pengarah (Kewangan, Perolehan dan Kepolisan Am) Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, SAC Shamsul Amar Ramli dan Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), SAC Dato’ Kamaruzaman Abdullah.

Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin

Mungkin imej 4 orang, televisyen, Pejabat Oval dan teks

Mungkin imej 11 orang dan teks

Mungkin imej 3 orang dan teks

Mungkin imej 7 orang dan teks

Mungkin imej 11 orang dan teks
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS