Keadaan kanak-kanak dan remaja kini yang mudah terdedah dengan bahan lucah khususnya melalui media sosial atau permainan video dikenal pasti sebagai antara punca utama berlakunya peningkatan kes jenayah seksual bawah umur di negara ini.
Pakar Psikologi Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris, Profesor Madya Dr. Fauziah Mohd Saad berkata, akses mudah kepada teleton pintar membuka ruang luas kepada golongan muda untuk terdedah kepada kandungan lucah atau pornografi tanpa kawalan.
“Apabila mereka menonton bahan tidak sesuai pada usia terlalu awal, rasa ingin tahu itu boleh mencetuskan tingkah laku seksual tidak sihat yang akhirnya membawa kepada risiko jenayah.
“Kes sebegini juga berlaku kerana kurangnya kawalan dan pendidikan seksual berasaskan nilai. Ramai remaja tidak mendapat panduan tepat tentang batas pergaulan dan tanggungjawab seksual, jadi kekosongan ilmu ini menyebabkan mereka belajar melalui sumber salah seperti dari internet dan rakan sebaya," katanya kepada Sinar Harian.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.