Info Balai PDRM

SEGMEN #ThrowBack: 111 ORANG ASLI SARUNG BERET MAROON

Tahukah anda dalam pasukan Polis Diraja Malaysia terdapat sebuah unit yang dikenali sebagai ‘Orang Perang’?

Jom kita #ThrowBack kembali gambar-gambar kejayaan 111 orang Konstabel Orang Asli yang menamatkan Latihan Asas Kepolisan Siri 1/2013 di Briged Utara, Pasukan Gerakan Am (PGA), Ulu Kinta, Perak.

Pasukan ini mula ditubuhkan pada Mei 1956 oleh Richard Noone, Ketua Jabatan Orang Asli Malaya pada ketika itu, yang terdiri dari 10 Orang Asli sahaja. Kini ‘Orang Perang’ yang lebih dikenali dengan Pasukan Senoi Praaq telah berkembang dan mempunyai hampir 300 keanggotaan dari pelbagai suku kaum.

Berita penuh dan banyak lagi gambar-gambar menarik menerusi pautan https://www.facebook.com/media/set/….

Anda ada sebarang gambar menarik yang ingin dikongsikan bersama kami? Sila hantarkan bahan-bahan tersebut ke alamat emel official.pdrmsia@gmail.com atau melalui inbox PDRM. Kami mengalu-alukan dan menghargai sebarang perkongsian daripada anda.

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#ThrowBackPDRM
#19062020

Image may contain: 1 person, text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS