Info Balai PDRM

#BiarJasaJadiKenangan [VIDEO PILIHAN] WARRIOR: HARGAI PENGORBANAN DAN PERJUANGAN PESARA SANG SAKA BIRU

Jasa dan pengorbanan perwira Sang Saka Biru yang telah bersara sentiasa dihargai dan disanjungi. Kemakmuran negara yang dikecapi kini adalah antara hasil perjuangan dan pengorbanan mereka yang terdahulu.

"We Really Respect Our Retirees" (WARRIOR) merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh mahasiswa Program Diploma Siswazah Sains Kepolisan (DSSK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi sesi 2020/2022. Selain menghargai jasa dan pengorbanan para pesara Sang Saka Biru, program ini juga dijalankan bagi menyantuni bekas-bekas perwira negara yang sentiasa dihormati oleh warga PDRM.

Saksikan temu ramah bekas-bekas perwira Sang Saka Biru yang terdiri daripada pesara CP Dato' Abdul Rashid Harun, ASP Abdul Kalam Suhaimi dan Sarjan Nazarudin Mohd Zin yang berkongsi pengalaman mereka ketika bertugas memperjuangkan tanah air yang tercinta ini.

Sumber: Diploma Siswazah Sains Kepolisan (Universiti Kebangsaan Malaysia)

Pautan URL Video:
https://www.facebook.com/watch/?v=561062374966079
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS