Fakta @ Auta
.....................................................................................................................................................................................................................................................

FAKTA : 31 TAHUN KATEGORI BUKAN WARGA EMAS

 

Beberapa hari yang lepas, kecoh di laman sosial apabila warganet berkongsi satu entri mendakwa Ahli Parlimen Muar telah mengeluarkan kenyataan yang meletakkan golongan berusia 31 tahun ke atas sebagai warga emas.

Entri tersebut telah tular di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi warganet.

Walaubagaimanapun, ahli parlimen berkenaan telah menyangkal perkara tersebut menerusi entri di InstaStory, Instagram beliau.

Awas jangan sebarkan maklumat palsu! Anda bakal berhadapan dengan tindakan di bawah Seksyen 233, Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan perkhidmatan komunikasi dan media sosial.

Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen tersebut apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

#klikdenganbijak
#fakta@auta

Sumber : https://twitter.com/teamsaddiq/status/1146789741393666048…

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS