Info Balai PDRM

INFO BALAI: BALAI POLIS PEDAS

Balai Polis Pedas yang terletak di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau, Negeri Sembilan telah dirasmikan oleh bekas Ketua Polis Negara ke-2, Tun Mohamed Salleh Ismael pada 5 Oktober 1970.

Kawasan pentadbiran balai pula seluas 92 kilometer persegi dengan kepadatan penduduk seramai 15,746 orang.

Kini, balai tersebut dianggotai 15 Pegawai Rendah Polis dan seorang pegawai awam dengan diketuai oleh seorang berpangkat Sarjan Mejar (SM).

Balai Polis Pedas pernah menyandang tempat ketiga kategori 'C' dalam Anugerah Pengurusan Perumahan Terbaik bagi Tahun 2018.

Alamat: Balai Polis Pedas, 71400 Pedas, Rembau, Negeri Sembilan

Talian telefon: 06-6851223

Imej mungkin mengandungi: luaran

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS