Info Balai PDRM

INFO BALAI PDRM: BALAI POLIS LUYANG

Ekoran kepesatan pembangunan dan pertambahan penduduk di kawasan sekitar, Pondok Polis Luyang, Kota Kinabalu, Sabah telah dinaik taraf menjadi sebuah balai polis pada 1 April 2002.

Balai yang berkeluasan 2,400 kaki persegi itu terletak kira-kira dua kilometer dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu, Sabah.

Balai tersebut bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan 16 buah kawasan perniagaan, tiga buah kampung, 187 buah taman perumahan dan tiga buah hospital.

Penugasan balai itu juga dibantu oleh empat buah Pondok Polis iaitu Pondok Polis Lido, Pondok Polis Foh Sang, Pondok Polis Dah Yeh Villa dan Pondok Polis Hospital Queen Elizaberth 2.

Kini, Balai Polis Luyang dianggotai seramai 37 Pegawai Rendah Polis yang diketuai oleh seorang berpangkat Sub Inspektor (SI).

Alamat: Balai Polis Luyang, Jalan Kolam Luyang Fasa 1, 88300, Kota Kinabalu, Sabah.

Talian telefon: 088-253470 / 310291.

Image may contain: sky, house, tree and outdoor

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS