Info Balai PDRM

INFO BALAI: BALAI POLIS SEPANG, SELANGOR

Balai Polis Sepang mula dibina pada tahun 1990 dan telah beroperasi sejak 1994. Pada asalnya, ia adalah Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang sebelum dipindahkan ke Bandar Baru Salak Tinggi pada tahun 2004. Keluasan pentadbiran balai ini adalah 10 kilometer persegi.

Bagi memudahkan pegawai dan anggota untuk mendapatkan maklumat serta menjalinkan hubungan yang erat dengan masyarakat setempat, keluasan pentadbiran balai telah dipecahkan kepada empat sektor yang meliputi kawasan perindustrian, perniagaan, taman-taman perumahan dan perladangan.

Balai ini diketuai oleh seorang Pegawai Kanan Polis yang berpangkat Inspektor sebagai Ketua Polis Balai dan dibantu oleh 60 Anggota Pangkat Rendah berlainan pangkat.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS