Info Balai PDRM

INFO BALAI: BALAI POLIS SUNGAI RUAN, RAUB, PAHANG


Balai Polis Sungai Ruan, Raub, Pahang telah diwujudkan sejak tahun 1951 di kawasan perkampungan Sungai Ruan. Balai ini telah dibina semula di atas tapak asal dan telah dirasmikan oleh Ketua Polis negeri ketika itu, SAC Dato’ Haji Mohd Som Haji Sulaiman pada 6 September 1989.

Keluasan pentadbiran balai ini adalah seluas 75 kilometer persegi dan meliputi beberapa tempat pelancongan, kawasan perladangan, perumahan dan perkampungan termasuk penempatan orang asli iaitu di Sungai Bilut.

Selain itu, penugasan balai tersebut turut mendapat bantuan kekuatan dari sebuah pondok polis iaitu Pondok Polis Lembah Klau dan balai ini diketuai oleh Sub Inspektor (SI) dengan dibantu oleh 28 orang Anggota Pangkat Rendah berlainan pangkat.

Image may contain: text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS