Info Balai PDRM

INFO BALAI: BALAI POLIS SARATOK, SARAWAK

Balai Polis Saratok, Betong, Sarawak telah dibina pada bulan Disember 1959 dan ia terletak berhampiran dengan Pasar Saratok.

Kawasan pentadbiran balai ini seluas 887.55 kilometer persegi merangkumi kawasan perkampungan dan juga rumah panjang.

Dari segi kelengkapan infrastruktur pula, Balai Polis ini mempunyai empat bilik lokap, ruangan pejabat serta bahagian pentadbiran dan juga bilik gerakan.

Balai yang terletak di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Saratok ini diketuai oleh seorang pegawai polis yang berpangkat Sarjan Mejar sebagai Ketua Polis Balai dengan dibantu 26 Anggota Pangkat Rendah berlainan pangkat.

Image may contain: text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS