Info Balai PDRM

INFO BALAI: BALAI POLIS SUNGAI LUI, NEGERI SEMBILAN

Sejak tahun 1962, Pondok Polis Sungai Lui yang terletak dalam daerah Jempol, Negeri Sembilan telah pun memulakan operasinya dengan hanya berkekuatan seramai dua orang anggota pangkat rendah sahaja.

Tahun demi tahun, kepesatan penduduk dan kemajuan pembangunan dalam daerah tersebut telah membolehkan pondok polis itu dinaik taraf menjadi sebuah balai baharu yang lengkap dengan bangunan kuarters, pentadbiran dan sel tahanan bagi pesalah jenayah.

Balai Polis Sungai Lui yang berkeluasan 2.5 ekar dengan kebanyakan kawasan pentadbirannya adalah perkampungan FELDA, perladangan dan kampung Orang Asal itu mula beroperasi sepenuhnya pada 15 Februari 1983.

Kini, ia diketuai oleh seorang Ketua Polis Balai berpangkat Sarjan Mejar dengan dibantu seramai 10 orang Anggota Pangkat Rendah berlainan pangkat.

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS