Info Balai PDRM

INFO BALAI: BALAI POLIS BATU KIKIR, NEGERI SEMBILAN

Balai Polis Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan telah wujud sejak tahun 1975. Balai yang lengkap dengan bangunan kuarters ini terletak di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol dan dirasmikan oleh Ketua Polis negeri ketika itu, DCP Tuan Meor Mohd Jaafar Meor Safi pada 11 Jun 1977.

Keluasan pentadbiran balai tersebut adalah seluas 190 kilometer persegi yang meliputi 43 buah kampung, tanah persendirian dan juga ladang.

Selain itu, penugasan balai berkenaan turut mendapat sokongan kekuatan dari sebuah pondok polis iaitu Pondok Polis Serting Ulu.

Kini, ia diketuai oleh seorang Ketua Polis Balai berpangkat Sarjan Mejar dengan dibantu oleh seramai 15 orang Anggota Pangkat Rendah berlainan pangkat.

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP

Image may contain: text and outdoor
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS