Info Balai PDRM

INFO BALAI: BALAI POLIS LADANG GADDES, NEGERI SEMBILAN

Balai Polis Ladang Gaddes, Jempol, Negeri Sembilan terletak di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol. Balai tersebut telah dirasmikan oleh bekas ketua polis negeri, DCP Dato’ Haji Ramli Haji Karim.

Balai yang berkeluasan 2.06 hektar itu telah beroperasi sepenuhnya sejak tahun 1987 lagi dengan kebanyakan kawasan pentadbirannya adalah perkampungan FELDA, perumahan awam dan perladangan.

Selain itu, penugasan balai berkenaan turut mendapat sokongan kekuatan dari Pondok Polis Palong 12 yang terletak dalam daerah sama.

Kini, ia diketuai oleh seorang Ketua Polis Balai berpangkat Sarjan Mejar dengan dibantu seramai 12 orang Anggota Pangkat Rendah berlainan pangkat.

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP

Image may contain: text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS