Info Balai PDRM

INFO BALAI: BALAI POLIS PASIR AKAR, TERENGGANU

Balai Polis Pasir Akar telah wujud sejak tahun 1956 dan dibina semula pada 25 Januari 1985. Balai tersebut terletak di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, Terengganu.

Balai berkenaan telah beroperasi sepenuhnya pada 25 April 1985 dan mempunyai keluasan balai 1.051 ekar yang meliputi 54 buah kampung, perindustrian hasil laut dan pelancongan.

Selain itu, penugasan balai turut mendapat sokongan kekuatan daripada dua buah pondok polis iaitu Pondok Polis Tenang dan Pondok Polis Keruak yang terletak dalam daerah sama.

Balai berkenaan diterajui oleh seorang Ketua Polis Balai berpangkat Sarjan Mejar dengan dibantu seramai 14 orang Anggota Pangkat Rendah berlainan pangkat.

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP

Image may contain: text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS