Info Balai PDRM

INFO BALAI: BALAI POLIS KULAI, JOHOR

Balai Polis Kulai telah dibina sekitar tahun 1970-an dan dirasmikan pada 26 November 1978 oleh CP Dato' Burhan Kuntum, Pengarah Pengurusan ketika itu. Balai tersebut telah dibangunkan semula dan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2010.

Balai yang terletak di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya, Johor Bahru itu berkeluasan hampir 86 kilometer persegi dan meliputi kawasan perumahan serta perindustrian.

Selain itu, penugasan balai turut mendapat sokongan kekuatan daripada sebuah Pondok Polis iaitu Pondok Polis Indah Pura dan empat Pondok Polis Komuniti iaitu Pondok Polis Komuniti Bandar Putra, Pondok Polis Komuniti Taman Cantik, Pondok Polis Komuniti Taib Andak dan Pondok Polis Komuniti Felda Inas yang terletak dalam daerah sama.

Balai berkenaan kini diterajui oleh seorang Ketua Polis Balai berpangkat Inspektor dan dibantu seramai 178 orang Anggota Pangkat Rendah berlainan pangkat.

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP

No photo description available.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS