Info Balai PDRM

BALAI POLIS JERAM, SELANGOR

Balai Polis Jeram telah dibina pada Mac 1984 dan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Polis Selangor ketika itu, Allahyarham ACP Tuan Abd. Samad Jaaman pada 17 Disember 1987.

Balai yang terletak di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor itu berkeluasan 150 kilometer persegi meliputi perkampungan, perladangan, perikanan dan Lapang Sasar Polis Diraja Malaysia di Jalan Bukit Jeram.

Selain itu, penugasan balai turut mendapat sokongan kekuatan daripada sebuah pondok polis iaitu Pondok Polis Alam Jaya yang terletak dalam daerah sama.

Balai tersebut kini diterajui oleh seorang Ketua Polis Balai berpangkat Sarjan Mejar dan dibantu seramai 21 orang Anggota Pangkat Rendah berlainan pangkat.

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS