Info Balai PDRM

BALAI POLIS KUALA SELANGOR, SELANGOR


Balai Polis Kuala Selangor telah wujud sekitar tahun 1901 dan dibangunkan semula pada 3 Disember 1996 serta lengkap dengan bangunan kuarters, pentadbiran dan sel tahanan bagi pesalah. Balai tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara ketika itu, DIG Tan Sri Shamsuri Haji Arshad pada 15 Mac 1997.

Balai yang terletak di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor itu berkeluasan 251 kilometer persegi meliputi beberapa buah perkampungan, perladangan, perikanan dan perindustrian.

Balai tersebut kini diterajui oleh seorang Ketua Polis Balai berpangkat Inspektor dan dibantu seramai 58 orang Anggota Pangkat Rendah berlainan pangkat.


May be an image of text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS